November 14, 2011

Resepi Kek Oreo saya :)

Assalamualaikum :)

memandangkan ada beberapa kawan saya tanya resepi kek oreo yang saya buat haritu,ni saya nak share dengan readers resepi kek tu..sangat senang..just follow the step :)

Bahan2 yg diperlukan :
1) seketul butter :)
2) 1 mug gula kastor
3) 1 1/2 mug tepung kek yang diayak (klu pkai tepung gandum biasa pun boleh jugak)
4) 4 biji telur
5) 1 sudu teh esen vanilla
6) 1 sudu teh baking powder
7) 1 bungkus oreo vanilla (asingkan biskut dengan krim,kisar biskut tapi jangan halus sangat)

saiz mug yang saya guna

Cara2 membuat :
1) Pukul butter dengan gula kastor sampai kembang & berwarna putih.
2) Dalam bekas yang lain,pukul telur sampai kembang.
3) Then, masukkan telur yang dah kembang tadi ke dalam mangkuk pertama sampai sebati.
4) Masukkan esen vanilla.
5) Masukkan tepung sikit demi sedikit.
6) Masukkan baking powder,pukul sampai sebati.
7) Masukkan krim oreo yang dah diasingkn tadi.
8) Last sekali,masukkan biskut oreo yang telah dikisar halus tadi.
9) Pukul sampai kembang..kalau nak tahu adunan tu dah siap ke belum,bila kita ambik sudu,calit sikit, then adunan tu tak melekat..
10) Tuang dalam loyang yang dah disapu dengan butter..
11) Letak beberapa kepingan oreo pada permukaan adunan tadi sebagai hiasan :)
12) Masukkan dalam oven, bakar selama 15-20 mnit..



ini la hasilnya..Selamat Mencuba! :D