August 8, 2012

Resepi cornflakes bersalut coklat

Assalamualaikum :)

5/8/2012,maka tamatlah sudah perjalanan saya sebagai seorang student degree..lepas je anta report,rasa sangat-sangat lega..tak tahu nak terangkan macam mana..Alhamdulillah..semoga dapat A+++..hehe

so,bila report dah siap,boleh la fikir pasal benda lain plak kan..kalau dah nak dekat raya ni,benda pertama yang difikir adalah biskut raya! :)

maka semalam,saya dah buat kuih raya yang pertama..sangat mudah,simple,cepat dan yang pastinya sedap! nak tahu macam mana nak buat? meh cek nak habaq :)

Bahan-bahan:
  1. Coklat masakan
  2. Cornflakes
  3. Manik  berwarna warni sebagai hiasan
  4. Paper cup
Cara-cara:
  1. Susun papercup dalam dulang.
  2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
  3. Bila dah cair,tutup api dan angkat letakkan di tempat lain.
  4. Masukkan cornflakes,gaul rata.
  5. Masukkan cornflakes yang telah digaul tadi ke dalam paper cup.
  6. Tabur manik berwarna warni sebagai hiasan.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk.
  8. Siap untuk disusun dalam balang.
Tips:
  1. Kalau agak-agak coklat kering,panaskan balik guna kaedah double boiler.tapi tak payah lama-lama.
  2. Taburkan manik masa coklat masih basah..kalau dah kering nanti manik tu tak melekat.
  3. Guna sudu kecik untuk masukkan cornflakes dalam papercup..kalau guna sudu besar,payah sikit.


mudah kan? tak payah susah-susah nak bakar..
Selamat Mencuba!