December 12, 2012

Dinner di Jang-Gun Korean Buffet Restaurant

Assalamualaikum :)

hari isnin yang lepas,bos tempat saya kerja ni bawak pergi makan..memandangkan bos saya ni salah seorang peminat k-pop,maka dibawanya kami makan kat restoran korea..

masa mula-mula bos bagitau nak makan kat restoran korea,dah mula risau dah..bukan penah makan makanan korea ni..ntah macam mana la rasanya kan..boleh masuk tekak ke tak ni..tapi orang cakap belum cuba belum tau..ntah-ntah lepas ni dah addicted pulak dengan makanan korea ni..

so,lepas kerja pukul 6,kami naik monorel dari titiwangsa turun bukit bintang..restoran yang kami pegi makan ni kat Farenheit 88..dekat-dekat dengan pavilion..memang lama giler tak jejak kaki kat area sini..


 ha ini la nama restoran tu..Jang-Gun Korean Buffet Restaurant..tapi jangan risau,makanan kat sini semua halal..owner restaurant ni orang korea tapi beragama islam :)



 


konsep makan kat sini, boleh makan banyak mana pun..ikut quota perut masing-masing tapi JANGAN MEMBAZIR..itu yang paling penting..kalau makan tak habis,kena bayar balik..harga untuk seorang makan berbeza-beza ikut hari & waktu..kalau nak taw,boleh tengok website kat sini ye..

kat bawah ni antara makan-makanan yang saya ambil..tapi jangan tanya apa nama makanan ni satu-satu..tak ingat kot..nama pelik-pelik..

starter foods ni boleh tahan la sedapnya..tapi ayam keras sebab dah sejuk kot..


 ini bubur abalone..sedapp.


 sup daging,ayam,daging grilled..sedappp jugak..


 ha yang ni nasi ape ntah nama dia..digaulkan dengan sambal,sayur-sayuran dengan telur..saya rasa sikit je..sedappp.


 yang ni aiskrim from malaysia..yang warna coklat tu tak sedap sebab pahit..
ada jugak aiskrim dari korea saya makan tapi terlupa nak amek gambar..


dessert lain ade cupcakes,mashmallow dengan apa lagi ntah ..tak taw nam..tapi yang belakang kek warna pink ni,ha kuih tu sedap..tekstur macam kuih koci..ape ntah nama..tak ingat.



komen saya lepas makan kat sini:
memang sedappp,puas hatiiii kalau ada orang belanja..hehehe..kalau nak datang makan sorang-sorang kat sini,memang tak la kan..

so,kepada peminat-peminat makanan korea,boleh la try makan kat sini..pasti tak menyesal! :)