February 6, 2013

Tips Jimat Belanja Majlis Pertunangan

Assalamualaikum :)

Start dari tahun lepas,ramai betul kawan-kawan yang tunang,kahwin..saya bila pulak? Lambat lagi kot..tak rasa macam nak kawin lagi,belum puas hidup bujang..belum puas tinggal dengan family..hehe

Sebelum-sebelum ni ada jugak la saya attend majlis pertunangan sedara,jiran..bila tengok majlis tu,rasa macam banyak gila duit nak spend beli barang-barang..padahal tunang je pun..belum kahwin lagi..tunang tu bukan tiket untuk segala-galanya..nikah tu yang penting..saya rasa,elok majlis pertunangan ni dibuat ala kadar je..tak perlu nak labur duit banyak-banyak..kang tak jadi kahwin,tak ke membazir namanya tu? Saya ni memang particular bab-bab duit ni..maybe sebab tu saya amek degree in account..hehe

Oleh itu, saya nak bagi tips jimat belanja untuk majlis pertunangan..ssegala tips yang akan diberi ni,hanya pendapat saya..terpulang la korang nak ikut atau tak.. :)


  1. Tak perlu upah mak andam.
Kalau kita ada kawan ke,sedara-sedara yang pandai mekap,suruh je diorang tolong make up kan..tak payah nak upah mak andam sampai beratus-ratus..nanti mekap tu kita nak basuh jugak kan kalau nak solat..kalau dah takde sangat,mekap sendiri je..belajar kat youtube..sekarang ni kan banyak video-video tutorial belajar mekap kat youtube tu..buat sendiri,kan jimat tu..


  1. Cari kawan @ Sedara sebagai photographer.
Yang ni pun,kalau kita upah orang,mau la beratus-ratus duit habes..memang memori pertunangan tu penting,nak disimpan..tapi rasanya tak payah kot upah photographer mahal-mahal..kalau ada kawan @ sedara yang pandai amek gambar,lagi bagus..jimat duit sikit..dengan diorang,kita boleh nak kawtim harga..silap-silap,diorang bagi free je,tak payah bayar langsung..lagi best..kn?:)


  1. Tak payah buat pelamin tunang.
Kalau orang dulu-dulu,takdanya diorang buat pelamin tunang ni..sarung cincin dalam bilik je..dalam bilik tu la kita nak hias cantik-cantik..bagi saya,memang membazir gila kalau buat pelamin tunang ni..padahal nak sarung cincin je pun..tapi kalau nak buat jugak,boleh je..tapi d.i.y. sendiri la..yang tak mengeluarkan duit..tak payah nak tempah kat wedding planner..buat sendiri,lagi puas hati..


  1. Hantaran tak perlu banyak.
Sekarang ni jadi trend plak..bertunang kena bagi hantaran..rasanya,hantaran tu masa nikah je kot..tapi kalau nak bagi,takde masalah..tapiiii,tak payah la banyak-banyak..ala kadar je la..then,hantaran tu,kita buat makanan je…perfume,kasut,handbag tu semua tak payah bagi..nanti masa nikah,kita dah tak tahu nak bagi ape untuk belah pasangan. Kalau bagi makanan, kan kenyang perut..hehe


  1. Tak perlu jemput tetamu satu kampung.
Ha yang ni lagi satu..kalau majlis bertunang,habis 1 kampung diorang jemput..untuk apa jemput ramai-ramai? Tak perlu..bertunang ni hal yang nak dibincangkan sesama keluarga..bukan sesama 1 kampung..kita jemput sedara mara je..


  1. Tak perlu tempah catering.
Kalau dah tetamu yang kita jemput tu sedara mara,tak payah la nak tempah katering..1 kepala diorang charge RM8, kalau sedara yang datang tu 100 orang, nak kena bayar RM800..makanan tu belum tentu sedap..kita pun tak tahu bila diorang masak makan tu..ntah-ntah lauk semalam,diorang panaskan je untuk hari ni..kalau masak sendiri kan bagus..sedara mara boleh tolong,boleh mengeratkan lagi silaturrahim..masak sendiri lagi puas hati..dah confirm sedap..kos masak sendiri tu tak sampai RM800..jimat kan?




Tips ni semua adalah melalui pandangan dan pendapat saya..terpulang la sama ada nak ikut ke tak..tak kisah pun..saya hanya nak membantu je..bab baju saya taknak sentuh pape..terpulang kepada individu untuk menilai sendiri..boleh berfikir mana yang baik atau tak..semua wanita ingin kelihatan cantik di majlis pertunangan mereka..chewahhhh :D