March 11, 2013

Resepi Pancake

Assalamualaikum :)

lama tak update kan..tuan empunya blog ni kurang sihat kebelakangan ni..so,takde aktiviti menarik yang boleh dibuat..

bila dah sihat sikit,baru bersemangat nak main masak-masak kat dapur..tapi tu pun tunggu takde orang kat rumah..baru best nak sepahkan dapur.. :D

setelah meng'google' resepi,akhirnya jumpa dekat blog Dari Dapur CT..suka sangat tengok resepi kat blog ni..gambar semua kemain cantik..harapan la kalau saya nk buat macam tu kan..anyway,thanx kak siti :)

Jom masak!


Bahan-bahan: (untuk sorang makan)
  1. 1/2 cawan tepung gandum.
  2. 1/2 sudu kecil baking powder.
  3. 1/2 sudu kecil esen vanila. (taknak letak pun takpe)
  4. 1 sudu besar gula.
  5. 1 biji telur.
  6. 2 sudu besar minyak masak. (pakai marjerin dicairkan pun boleh)
  7. 1/2 kotak susu full cream.






Cara-cara:



  1. Campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan sampai jadi macam kat bawah ni..Kacau pakai sudu je..tapi kalau nak guna blender,silakan..tak jadi masalah.



2. Biarkan adunan dalam lebih kurang 10 minit..kalau nak lebih pun,lagi bagus.

3. Panaskan kuali yang jenis tak melekat tu. Pastikan kuali tu betul-betul panas ye..letak minyak sikittt je..tapi kalau taknak letak pun boleh je kot.

4. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali..Jangan tuang semua pulak ye..sikit-sikit :) Guna api perlahan ye.



5. Biarkan adunan tu macam berbuih-buih sikit..lepas tu baru terbalikkan..





 6. Bila dah terbalikkan,biarkan kejap,pastu terus angkat.

7. Siap untuk dingap! :)






kalau ada syrup,boleh la makan bersama dengan pancake ni..tapi kalau takde,sedap dimakan begitu saja.. :)


Selamat Mencuba!