April 26, 2016

Masing-Masing

Setiap orang, masing-masing,
Lain ragam, lain caranya..

Setiap orang, masing-masing,
Lain rezeki, lain ujiannya..

Masing-masing punya habuan masing-masing..
Lain rasa bahagianya, lain juga rasa dukanya..
Itu bahagian masing-masing..

Tak perlu iri atau dengki,
Cukup hanya menadah tangan dan ucaplah syukur..
Percaturan Allah itu sangat indah..
Allah tahu yang mana terbaik untuk hambaNya..
Syukur, Alhamdulillah...


April 25, 2016

Dua Tujuh

25 April...
Alhamdulillah...
Masih bernafas hingga ke hari ini..
Sudah genap usiaku dua tujuh..
Ya masih bujang..
Jangan ditanya soal jodoh padaku,
Tapi berdoalah agar cepat aku duduk bersanding bersama jodohku..
Semoga di usia ku ini, hanya yang baik-baik saja berlaku..
Semoga aku dapat menempuhi segala ujian dan dugaan dengan hati yang kuat dan tabah....
Kerana aku tahu ujian ini yang akan mendewasakan aku..

Aminnnn :)

April 18, 2016

Review : Lexis Suites Penang



Assalamualaikum..

16/4/2016, aku dan officemates buat trip ke Penang..trip ni bertujuan semata-mata nak rasa pengalaman duduk kat Lexis Suites Penang ye..semata-mata..sebab hotel ni kan baru siap..pastu high standard pulak kan..kebetulan Lexis pun tengah buat soft opening, so diorang offer harga murah sekarang..kalau lepas ni, confirm harga biasa mencecah ribuan ringgit..kebetulan haritu officemates ternampak offer kat Groupon, apa lagi, peluang jangan dilepaskan..dengan pantas terus je beli..lebih mudah kalau beli kat Groupon ni..

Dekat Lexis Penang ni, ada 2 jenis bilik sahaja iaitu Executive Pool Suites & Premium Pool Suites..Kami pilih Premium Pool Suites, harga promo kat Groupon RM5++, 2 days 1 night & includes breakfast for two person...memandangkan kami semua 4 orang, so kami kena tambah lagi breakfast untuk 2 orang..kalau yang jenis Executive Pool Suites, harga promo RM4++..beza sikit je sebenarnya..alang-alang tu, kami beli je yang jenis Premium tu..lagipun kami share duit 4 orang..so takda la banyak sangat kena keluarkan duit..

Lampu ni tersergam indah dekat lobby hotel..cantik...


Here we go..2 katil queen dalam setiap bilik..rasa macam nak bawak balik je bantal kecik comel tu..





yang pintu depan sekali tu, ada bathtub and shower..
belah kanan ada 2 cermin besar & 2 sinki..so takda istilah berebut cermin kalau nak make up atau belit-belit shawl..
dalam almari yang kanan sekali ni, dah tersedia iron..so tak payah dah nak call room service mintak diorang hantarkan iron dalam bilik.


swimming pool inside the room..tak la besar mana pun..tapi boleh la nak berendam untuk relaks minda..
kat tepi belah kanan ni ada 1 bilik sauna..kecik je..boleh la muat dalam 3 orang..


view from 25th floor..


yang canggih dalam bilik ni, boleh order room dining pakai tv je..tak payah susah-susah nak call & order..harga pun biasa la..ada yang mahal, ada yang murah..standard harga hotel..


bangunan Lexis pada waktu malam..penuh dengan cahaya lampu warna-warni..


pemandangan waktu malam..memang bangunan hotel ni tinggi..siapa yang gayat tu, mohon duduk diam-diam dalam bilik je.. ;p



My comments about this hotel :

  1. Lambat dapat bilik walaupun kami sampai nak check in dalam pukul 4.15 macam tu..sejam lepastu baru dapat masuk bilik.
  2. Aircond dalam bilik tak berfungsi dengan baik..tak rasa sejuk pun..nasib baik ada kipas..tapi tu pun tak berapa nak membantu..malam tu tidur rasa panas je.
  3. Parking tersangatlah mencabar..ruang nak corner memang sempit dan tinggi..so, kena extra careful masa nak naik ke parking atas..kat bawah ada parking tapi taktaw la kenapa pak guard suruh naik parking kat atas jugak.
  4. Saluran air dalam bilik shower  tersumbat..sampai air melimpah keluar bilik..
  5. Channel tv pun tak banyak..frust jugak malam tu tak boleh nak tengok drama Che Ta berlakon kat astro ria.
  6. Mineral water yang disediakan tak sedap..rasa payau..Tapi ada 4 air tin & 1 coklat sneakers yang complimentary tersedia dalam fridge..bahagia rasanya. ;)



Untuk maklumat lanjut, boleh terus pergi ke official wesite Lexis ya :


Thank you for reading! :)


April 13, 2016

Jangan main-main

Tersangat penat, letih dengan orang yang main-main..
Supaya kali ini dijauhkan dari orang-orang jenis macam ni..
Semoga dipermudahkan semuanya..

April 6, 2016

April datang lagi

April, 
Setiap tahun aku akan menunggu bulan ini..
Bulan kelahiranku..
Setiap tahun aku pasti akan menunggu keajaiban yang akan berlaku, 
Tapi seperti biasa,hampa..

Tahun ni, meningkat lagi umur..
Masih sendiri..
Masih menyambut sebagai orang bujang..
Dah bosan dengan soalan "bila nak kahwin"

Azam birthday tahun ni? 
Tak mengharapkan apa-apa yang akan berlaku..
Buat seperti bulan-bulan lain..
Dan,
Nak lupakan semuaaaa kenangan birthday tahun lepas..
Sakit..