July 12, 2017

Tiada tajuk

Hampir sebulan tidak menulis..
Sungguh aku rindu hendak menulis..
Banyak benda mahu aku luahkan..
Bertimbun-timbun rasanya..
Tapi, 
Aku tak mampu untuk luahkan..
Bukan mudah untuk aku bercerita..
Mungkin sebab sifatku begini..
Walhal dengan kawan baik sendiri pun aku sangat jarang untuk bercerita soal hati dan perasaan..
Boleh kira dengan jari..
Perkara-perkara begini yang membuatkan aku termenung sendiri, berfikir sendiri, dan menangis sendiri..
Dah nasib badan..
Aku cuba redha, aku cuba kuat..
Doakan saya ye! 

June 21, 2017

Rehatlah...

Dah 4 hari adik fiza pergi meninggalkan kami..
Masih terngiang-ngiang kata-kata adik masa last akak pegi melawat adik..
"Nanti raya buat open house taw, saya nak datang makan laksa"
Open house rumah akak tahun lepas, adik la orang pertama yang sampai..berselera betul adik makan, sedap sangat kot laksa tu..hehehe
Tapi apakan daya, tahun ni akak tak sempat nak jamu laksa untuk adik lagi..

Akak tak ralat bila dapat berita adik dah pergi..
Sebab akak selalu pegi jenguk adik kat hospital kan..suap adik makan, suruh adik makan ubat and always bagi kata-kata semangat untuk adik untuk terus kuat..
Dan ternyata adik memang kuat..tengah sakit pun boleh lagi nak gelak besar kan..

Adik, 
Begitu besar ujian adik kan..
Hidup yatim piatu beberapa tahun, jaga adik-adik, dengan macam-macam masalah yang adik kena tanggung..
Akak kagum sangat..
Adik rehatlah ye..adik dah tak perlu nak fikir semua masalah tu lagi..
Akak sentiasa menyayangi adik, 
Adik sentiasa dalam ingatan dan doa akak..
InsyaAllah kami akan tengok-tengokkan adik-adik fiza yang lain..
Sampai masa nanti, kita jumpa kat sana ye dik :')

Al Fatihah
N0r Hafizah binti Zulkifli 
17.06.2017


June 4, 2017

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, sudah seminggu umat islam menunaikan ibadah berpuasa pada tahun ini.
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua..

Walau diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang baik beberapa hari ni, Alhamdulillah, aku masih diberi kekuatan dan kemampuan untuk berpuasa penuh..

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..
Mohon doa yang baik-baik sahaja ya :)


May 24, 2017

Warkah Untukmu

Cintamu hancurkan zahirku
Rela dicampak ke penjaramu
Dari diperlakukan sebegini
Sungguh kau yang ku mahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu
Kasihku tolong lihatlah
Tunjuk dia jalan kepadamu
Yang tersesat tiada bertuju
Berikan hatimu padanya
Kau akan rasa cinta sebenar
Dalam kau mencari aku
Sungguh kau yang ku mahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

p/s : Semoga Allah bukakan pintu hati kamu..

May 20, 2017

Luka

Ada sedikit guris luka di hati.
Aku bertanya dengan soalan yang aku sudah susun elok-elok, soalan yang penuh sopan dan straight forward, supaya tiada salah faham yang akan timbul.
Tapi jawapan kau, buat aku terkedu.
Seolah-olah sebelum ini aku yang jadi punca masalah.
Kau lupa apa yang kau dah buat?

Takpe, aku dah biasa diperlakukan begini.
Mungkin memang nasib aku.
Aku tidak berdendam.
Aku akan delete no telefon kau, supaya aku totally 1000% lupa akan kewujudan kau.

Tapi aku harap kau betul-betul belajar dari masa lalu.
Semoga kau terus bahagia.


May 8, 2017

28th

Letih,
Lelah,
Penat,
Sedih,
Bosan,
Dengan soalan-soalan "bila nak kahwin ni?"
Hanya mampu pekakkan telinga,
Menangis dalam hati.

Moga Allah bukakan pintu hati dia.


March 24, 2017

No title for this post

Geram jugak bila naik notification memory yang ni.. 😤
Delete Post - Done 
Habis cerita..
Tahun depan tak keluaq dah post yang ni..


March 22, 2017

Stress !

Stress bila mana bukan aku yang buat silap, tapi aku yang kena marah..
Bile berterus terang, kata aku yang menjawab..
Tanpa usul periksa pulak tu..
What the??? 
Buat la sendiri kerja tu kalau dah bagus sangat..


*Sigh*

March 3, 2017

2017

Assalamualaikum..

My 1st entry in 2017..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas..
Memang tak berkesempatan nak update kat blog ni..
Tak tahu nak update apa..
Tiada benda menarik pun yang terjadi..
Dan..Cerita aku bukan dikisah pun oleh sesiapa..
So, lebih baik diam sahaja..

Tapi,
I know beberapa orang yang masih singgah di blog ni..
Masih tak pasti untuk tujuan apa..
Mungkin nak tahu khabar aku, Alhamdulillah aku baik-baik sahaja..
Mungkin nak tahu aku dah kahwin atau belum, jodoh aku masih belum sampai..
Mungkin nak tengok gambar aku yang terkini, mungkin disini bukan tempatnya untuk aku upload gambar aku..di fb & insta mungkin..
Mungkin juga kau nak tahu tentang perkembangan aku yang terkini, aku mengambil langkah untuk berdiam lebih baik..belajar dari pengalaman yang lalu.. :)

Terima kasih atas kunjungan..
Terima kasih atas perhatian..
Semoga kalian semua baik-baik selalu.. :)